Sejak tiga tahun yang lalu, pelakon Jasmine Suraya Chin tidak menafikan dirinya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hal agama Islam dengan lebih mendalam.
Bahkan, kehadiran Jasmine di majlis Hijrah Cinta Neelofa baru-baru ini turut telah menarik perhatian orang ramai biarpun hanya ingin datang secara senyap-senyap.
Menurut Jasmine ketika ditemubual oleh pihak Harian Metro, hal yang dilakukan ini merupakan suatu perkara bersifat peribadi.
View this post on Instagram
Saya ingin tahu sebab mahu dapatkan kepastian. Apabila kita tiada pegangan, banyak hal dirasakan seperti tidak stabil.
Difahamkan, dia pada mulanya ingatkan majlis tersebut menceritakan kisah cinta tetapi rakannya memberitahu Hijrah Cinta berkaitan dengan kisah nabi.
Dalam pada masa yang sama, Jasmine turut berasa terharu apabila rakan-rakan selebriti yang mengenalinya sangat mengalukan-alukan kehadiran beliau di majlis ilmu terbabit.
Sebelum ini, Neelofa ada mengadakan majlis khas untuk rakan selebriti wanita. Selain Jasmine, rakan selebriti lain yang turut hadir ialah Amyra Rosli, Ika Nabella, Izara Aishah, Zulin Aziz dan ramai lagi.