“Bila Sampai Masa, Pasti Ada..” – Sering Ditanya Soal Anak Ketika Balik Raya, Nabila Razali Serah Pada Rezeki

Hiburan

“Bila Sampai Masa, Pasti Ada..” – Sering Ditanya Soal Anak Ketika Balik Raya, Nabila Razali Serah Pada Rezeki

Setelah enam bulan mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Nabila Razali kini hidup bahagia dengan peneman hidup walaupun belum menerima berita akan menimang cahaya mata. Walau begitu, penyanyi ini kekal positif dan sabar menanti rezeki anak.

Mohon doakan yang terbaik

Katanya, dia menganggap hal tersebut di luar kuasanya dan bergantung pada takdir serta rezeki Allah SWT. Menyedari soalan berhubung cahaya mata itu tidak boleh dielak apabila bertemu saudara-mara dan sesiapa dikenali, Nabila berkata, dia sentiasa berhati-hati dan tetap menghormati mereka yang bertanya.

Advertisement

Saya tak boleh nak komen banyak berkaitan rezeki anak ini. Tapi, apa yang boleh saya cakap adalah bergantung kepada rezeki. Bila sampai masa, pasti akan ada dan kalau sebaliknya pun saya kena terus berusaha.

 

Namun jika orang terus nak tanya dan tanya mengenai rezeki itu, saya akan jawab yang baik-baik saja dan mohon didoakan terbaik untuk kami berdua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

Masih menyesuaikan diri

Pada masa yang sama, penyanyi ini tidak berasa janggal dengan panggilan ‘puan’ dan semakin selesa kerana status dirinya yang sudah berubah semenjak berkahwin. Tambahan pula, Nabila turut mengakui dia masih sedang membiasakan diri dengan tanggungjawab yang harus digalas sebagai seorang isteri.

Alhamdulillah, saya dah selesa dengan panggilan ‘puan’ itu di mana-mana saja dan syukur tidak ambil masa lama untuk saya menyesuaikan diri.

 

Tapi, sejujurnya saya masih dalam fasa mencuba membiasakan diri dengan tanggungjawab sebagai isteri. Sebabnya, tanggungjawab ini makin lama makin besar dan makin banyak, jadi banyak perkara yang perlu diambil kira.

 

Apa pun, saya gembira penerimaan daripada semua orang di Kelantan baik-baik dan dipermudahkan oleh Allah untuk saya sebagai ahli keluarga baru dan bijak membawa diri,

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NABILA RAZALI (@nabila.razali)

Pada 18 November lalu, Nabila Razali telah sah bergelar isteri kepada usahawan, Nik Iruwan dalam majlis pernikahan yang berlangsung secara tertutup dan dihadiri oleh kelaurga serta rakan-rakan terdekat.

Anak adhd
2 weeks ago

"Seminggu Kena Marah, Jeling, Halau" - Ibu Luah Rasa Sedih Nasib Anak Autisme Dilayan Buruk Ketika Balik Kampung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...