“Seminggu Kena Marah, Jeling, Halau” – Ibu Luah Rasa Sedih Nasib Anak Autisme Dilayan Buruk Ketika Balik Kampung

Kehidupan

“Seminggu Kena Marah, Jeling, Halau” – Ibu Luah Rasa Sedih Nasib Anak Autisme Dilayan Buruk Ketika Balik Kampung

Seorang ibu meluahkan rasa sedih apabila anak lelakinya menerima layanan buruk ketika dia sekeluarga pulang beraya di kampung tempoh hari.

Difahamkan, anak wanita itu merupakan anak sitimewa di mana si kecil itu menghidap autisme ADHD (Gangguan Kecelaruan Tumpuan dan Kelasakan) sejak dari umurnya dua tahun.

Advertisement

Seminggu dah kena marah, kena jerit, kena perli, kena halau, kena jeling. Okay jomlah balik ke sarang. Anak syurga ibu.

Bersabarlah kita okay. Anak ibu pun berhak raya macam orang.

Cerita si ibu lagi, anaknya itu telah dituduh mencuri barang kemas milik orang lain ketika berada di kampung

@bellburn

Anak syurga ibu.. bersabarlah kita ok.. “anak ibu pon berhak raya mcm orang” #anaksyurgaraya #raya #autismberaya #autism #autismacceptance #SlowZoom

? Very Sad – Enchan

Dia kena tuduh hilangkan barang kemas. Rasa nak jerit-jerit. Bengkak sungguh rasa hati. Padahal anak tu tak usik barang, tak kacau barang pun. Jumpa dah barang tu.

Jelasnya, anak istimewa itu merupakan seorang yang ceria dan tidak boleh duduk diam namun tidak pula menganggu orang lain.

Dia tak dia sesaat, buat orang penat tengok dan rimas. Anak saya jenis tak mengamuk, tak bising, tak jerit. Dia tak diam je perangai dia. Tu pun orang susah nak berlapang dada.

Menjengah ke ruangan komen, ramai para ibu yang mempunyai anak yang menghidap simptom yang sama tampil berkongsi pengalaman masing-masing.

“Anak saya pun macam tu. Bertabahlah. Terasa hati dah biasa. Lepas tu rawat balik hati sendiri” komen seorang netizen di ruangan komen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

makcik
2 weeks ago

Indahnya Toleransi, Video Mak Cik Melayu Fasih Berbahasa Tamil Sambut Jiran India Beraya Jadi Tumpuan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...