Pengacara Bella Zahir berkongsi pengalaman apabila dia sebenarnya pernah menjadi mangsa santau daripada orang yang berniat khianat terhadap dirinya.
Bella membuat pendedahan tersebut menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.
Menurut pengacara program Cerita Dapur Viral itu, santau tersebut dipercayai telah dihantar melalui makanan yang diberikan kepadanya.
I pernah kena santau melalui makanan, bertahun juga kena berubat. Sekarang ni bila orang hantar makanan my mom akan selalu ingatkan untuk baca doa dulu. Ridas jadi lagi.
Dalam pada itu, Bella memaklumkan dia juga terpaksa melalui proses rawatan yang sangat panjang bagi memulihkan semula keadaanya.
i pernah kena santau through makanan. bertahun juga kena berubat. sekarang ni bila orang hantar makanan, my mom akan selalu ingatkan untuk baca doa dulu. ghisau jadi lagi. https://t.co/6Uyyy99lTm
— Bella Zahir (@bellazahirzain) November 15, 2021
Dikesempatan itu, Bella turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima makanan atau apa-apa pemberian daripada orang lain.
Menerusi ruangan komen di ciapan tersebut, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut dengan perkongsian Bella selain mendoakan semoga keadaannya baik-baik sahaja dan sentiasa dilindungi daripada perkara tersebut.