‘Tak Boleh Makan & Minum’ – Tajul Dedah Abang Kena Santau Sejak Jadi Artis

Hiburan

‘Tak Boleh Makan & Minum’ – Tajul Dedah Abang Kena Santau Sejak Jadi Artis

Mengakui abang menderita penyakit misteri, penyanyi, Tajul Ariff menerusi temu bual ekslusif bersama mStar mendedahkan abangnya, Khalis sebenarnya terkena buatan orang.

3 years ago

Viral Gambar Kurus & Pucat, Isteri Nafi Tuduhan Khalis Ambil Dadah Tapi Sebenarnya..

Advertisement

Menurutnya, mereka telah mencuba untuk berubat namun nampaknya keadaan kesihatannya masih sama.

Khalis sakit
Alhamdulilah setakat ini keadaannya dah semakin okay. Okay sikitlah daripada sebelum ni, sebelum ni dia terbaring tak boleh bercakap. Sekarang ni dia dah boleh bercakap sikit.

Kata Tajul, abangnya kini dijaga sepenuhnya oleh isteri dan anak-anaknya.

Sakit tu sebenarnya kalau orang tengok gambar pun, melalui gambar dah tahu sakit apa tapi saya bukan tak nak cakap. Isu ini ada yang tak percaya. Ada yang menidakkan. Ada yang kata merepek. Tapi hakikatnya memang ada.

Tajul memberitahu abangnya terkena santau sejak mula menjadi artis. Sejak terkena buatan orang, abang tidak dapat makan dan minum seolah-olah pelaku mahu abang mati.

Khalis spin disantau
Tak boleh makan, tak boleh minum. Bila makan muntah, muntah darah lepastu dia tak boleh bangun. ‘Dia’ dah lock semua, dia dah tak sedar diri dia siapa. Kitaorang ada ikhtiar sebelum bawa dia pergi hospital. Kami bawa ke satu tempat rawatan Islam ni, on the spot dia boleh bangun. Daripada dia tak sedar, dia boleh bangun, berdiri, bercakap, dah boleh minta makan. Kita orang dah lega, menangis semua. Ya Allah alhamdulilah abang Khalis dah balik.

Walau bagaimanapun, dua hari kemudian Khalis kembali jatuh sakit. Sebagai ahli keluarga, mereka berasa sangat sedih kerana Khalis mempunyai tanggungan yang besar.

Kata Tajul lagi, dia yakin abang tiada musuh. Dalam kalangan adik beradik, abangnya paling baik. Bila perkara sebegini terjadi, mereka sekeluarga terkedu apa yang menyebabkan orang tidak berpuas hati dengannya.

Namun begitu, mereka redha dengan ketentuan dan berusaha untuk memulihkan kembali kesihatan abang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...