Penyanyi dan juga pelakon, Bella Astillah nampaknya semakin lincah menari dan menyanyi terutamanya di media sosial TikTok dan Instagram.
Kembali ceria, namun isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu tetap menuai kritikan daripada netizen di mana ada sesetengah peminat memintanya untuk menutup aurat dan berhijab.
Ujar Bella, dia menerima kritikan dan pandangan daripada orang ramai secara positif dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengambil berat terhadap dirinya.
Saya faham, ramai yang ambil berat. Terima kasih banyak-banyak, saya sangat hargai respon yang diberikan. Cuma apa yang saya boleh katakan adalah doakan saya. Kalau tanya saya sendiri, siapa yang tak nak? Cuma ada perkara yang perlu saya buat. Jadi Insya-Allah doakanlah saya.
Dalam pada itu, Bella juga ada mengulas mengenai kandungan yang dimuat naiknya di media sosial seperti tarian dan sebagainya.
Jelas Bella, dia memang meminati bidang tarian sejak daripada dahulu lagi dan turut terlibat dalam kempen yang dibayar oleh klien dan sekaligus menjadikannya sebagai salah satu karier tambahan buat dirinya kini.
Perkembangan lain, Bella Astillah kini sedang dalam proses menyiapkan lagu terbaharu namun enggan terburu-buru kerana ingin menjadikan buah tangan terbarunya itu berkualiti dan sedap didengari oleh peminat muzik tanah air.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.