“Bila Mereka Bagi Duit Takkan Nak Bagitahu..” – Berang Anak Dituduh Lupa Ibu Bapa, Lan Zailan Dedah Punca Sebenar Ingin Jual Kereta

Hiburan

“Bila Mereka Bagi Duit Takkan Nak Bagitahu..” – Berang Anak Dituduh Lupa Ibu Bapa, Lan Zailan Dedah Punca Sebenar Ingin Jual Kereta

Pelakon Lan Zailan tidak berdiam diri apabila ada spekulasi dari netizen yang mengatakan anak-anaknya tidak mengambil tahu tentang dirinya hingga sanggup mengabaikan.

Tak didik anak macam tu

Kata Lan ketika diwawancara sumber, dirinya dengan tegas menafikan dakwaan warganet yang menuduh anak-anaknya melupakan orang tua hingga Lan terpaksa menjual keretanya. Katanya, dia tidak mendidik anak-anaknya untuk berbuat begitu, disebaliknya mereka sering memberikan duit belanja setiap bulan.

Advertisement

Saya didik anak saya dari kecil sampai besar sampai berpelajaran hingga kahwin dan saya dah ada lapan cucu sekarang. Bila mereka bagi saya duit takkan saya nak bagitahu netizen setiap bulan.

@hmetromy  #LanZailan ♬ original sound – Harian Metro

Duit dihabiskan untuk keluarga

Bukan itu sahaja, ada netizen yang mempersoalkan mengapa pelakon ini tidak menyimpan duit dari dulu semasa muda. Lan menjawab, duit itu habis bukan kerana perkara yang tidak sepatutnya melainkan dihabiskan untuk kegunaan anak-anaknya sendiri.

Duit yang ada tu bukan saya guna untuk judi tau, saya habiskan duit itu untuk family, untuk anak-anak. Membesarkan, sekolahkan dan memandaikan anak dengan titik peluh tu.

Tambah pelakon berumur 65 tahun ini, sebab sebenar dirinya ingin menjual kereta lamanya itu kerana ingin membeli kereta baru yang lebih luas bagi memudahkan perniagaannya dan bukan kerana tiada job seperti yang disangka netizen.

jalil
1 year ago

"Bila Ada Kerja Ada Gaji, Bila Tak Ada Termenung Je Lah.." - Dah Tiga Tahun Tak Ada 'Job', Pelakon Veteran Jalil Hamid Berasa Resah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...