Penyanyi dan komposer terkenal, Hafiz Hamidun baru-baru ini mendedahkan bahawa hubungan cintanya bersama seorang selebriti media sosial Indonesia telah pun berakhir.
Jelas Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Hamidun,37, hubungannya bersama wanita tersebut yang dikenalinya sekitar 2019 yang lalu itu tidak dapat diteruskan kerana sukar untuk memberi komitmen memandangkan ia merupakan sebuah hubungan jarak jauh tambahan dengan dugaan pandemik COVID-19.
Hubungan dengan orang seberang sudah terputus. Disebabkan COVID-19, membataskan saya untuk bertemu dengan sesiapa. Jadi, komitmen terhadap hubungan jarak jauh tidak boleh diteruskan. Susah sebenarnya, adalah lebih baik saya fokus kepada kerja dan keluarga kecil saya sekarang.
Meskipun kasih terputus di tengah jalan, Hafiz berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima mana-mana kehadiran wanita sebagai isteri namun terdapat syarat yang ditetapkan oleh penyanyi itu.
Sekarang bukan terima saya sahaja, tetapi Hamdee (anak angkat) juga. Harus tahu Hamdee lahir dan membesar dalam keadaan yang bagaimana kerana dia mempunyai sejarah tersendiri.
Keluarga saya sudah tentu mengenalinya daripada kecil, kalau ada orang mahu berkahwin dengan saya, mana tahu kalau ada jodoh, dia (wanita) memang kena terima bukan saja saya, keluarga tapi paling penting Hamdee.
Perkembangan terkini, Hafiz kini muncul dengan album terbaru berjudul Zikir Terapi Acapella yang juga merupakan album studio kesembilannya.
Zikir Terapi Acapella merupakan album yang diterbitkan sepenuhnya oleh Hafiz Hamidun dan juga Universal Music Malaysia.
Ia kini boleh didengari di mana-mana saluran muzik dalam talian serta akan diterbitkan dalam versi cakera padat secara eksklusif yang akan dipasarkan menerusi platform Shopee.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.