Aktres jelita, Diana Danielle mengakui perkahwinan bersama suaminya pelakon Farid Kamil semakin bahagia semenjak mereka rujuk semula hampir setahun yang lalu.
Sentiasa komunikasi
Kata pelakon ini, salah satu sebab mereka dapat mengukuhkan kembali hubungan mereka adalah melalui komunikasi dan bertolak ansur antara dirinya dan Farid.
Alhamdulillah hampir setahun nampaknya banyak yang positif dan anak-anak juga baik sebab kami baik dalam komunikasi serta bertolak ansur malah kehidupan di rumah pun nampaknya tidak lagi mencabar.
Bila ada komunikasi dan perancangan bersama jadi kami ada rasa sehaluan malah kalau ada apa-apa masalah kami cuba selesaikan bersama.
View this post on Instagram
Lebih ambil tahu dan peka
Dalam pada itu, Diana turut menjelaskan selepas mereka lebih sering berkomunikasi, suaminya terlihat lebih ambil tahu terhadap pasangan dan lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga.
Apa yang sama nampak, kita bersama lebih cuba untuk menghargai masa bersama keluarga. Apa yang terjadi sebelum ini membuatkan dia lebih ingin turut serta dalam aktiviti saya dan anak-anak.
Dia lebih ambil tahu saya pergi mana, buat apa, kalau saya perlukan pertolongan dia lebih peka.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Diana dan Farid sah bercerai dengan talak satu pada 10 Ogos tahun lalu sebelum merujuk kembali pada 31 Ogos.
Mereka telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.