“Jadi Kawan Baik Pun Saya Reda Je..” – Datuk Red Kekalkan Persahabatan Dengan Adira, Tak Nafi Berniat Ingin Rujuk

Kehidupan

“Jadi Kawan Baik Pun Saya Reda Je..” – Datuk Red Kekalkan Persahabatan Dengan Adira, Tak Nafi Berniat Ingin Rujuk

Usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra dipanggil Datuk Red masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi meskipun tidak lagi bersama sebagai suami isteri.

Reda dengan takdir

Menurut Datuk Red, walaupun dia mengakui mempunyai harapan agar dapat disatukan semula dengan Adira, namun kini dirinya sudah reda dengan takdir. Namun begitu, usahawan ini masih selesa berkawan dengan bekas isterinya.

Advertisement

Harapan saya memang nak kembali bersama tapi kalau bertepuk sebelah tangan tak guna. Kehidupan berumah tangga ni, biar dua-dua setuju. Kalau seorang tak setuju, saya reda je.

 

Sebenarnya, kami selesa berkawan. Tak nak gaduh-gaduh. Jadi kawan baik pun saya reda je.

@dato..red Takdir & redha #fyp #abgred #bangkitsemula ♬ Kamu Dan Kenangan – Shanna Shannon

Nafi layan isteri-isteri berbeza

Di samping itu, apabila ditanya mengenai dakwaan yang berkata Datuk Red sering memberi layanan yang berbeza kepada kedua-dua isterinya, Datin Red dan Adira, usahawan ini menafikan perkara itu.

Menurutnya, layanan dan kasih sayang diberikan kepada mereka adalah sama rata dengan cara yang berbeza.

Memang betul pun orang nampak layanan saya kepada Adira dan Datin Red berbeza. Sebab Datin memang tak suka keluar di media sosial. Tapi Adira ni lain pula, dia pun selalu tolong saya. Datin banyak support saya dari belakang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ℝ ℍ (@adira.suhaimi)

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira telah memfailkan penceraian terhadap Datuk Red manakala Sharifah memfailkan penceraian pada penghujung Januari lalu.

datuk red
2 weeks ago

"Saya Dah Tak Larat, Tanya Adira" - Sorokkan Kedukaan Dengan Senyuman, Datuk Red Sempat Hirup Teh O Ais Sebelum Beredar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...