“Bila Dedah, Dianggap Jahat..”- Ustazah Gesa Drama Suamiku Lelaki Pendosa Diboikot, Ini Respon Shahrulezad

Hiburan

“Bila Dedah, Dianggap Jahat..”- Ustazah Gesa Drama Suamiku Lelaki Pendosa Diboikot, Ini Respon Shahrulezad

Drama terbaru yang berjudul Suamiku Lelaki Pendosa nampaknya semakin hangat dibincangkan di media sosial berikutan jalan penceritaannya yang mengetengahkan isu percintaan kaum sejenis atau homoseksual.

Baru-baru ini, seorang ustazah yang dikenali sebagai Ustazah Asmak Husin menggesa agar drama tersebut diboikot kerana ianya tidak wajar ditayangkan berikutan terdapat unsur negatif dan boleh memberi pengaruh yang tidak baik terhadap pemikiran kanak-kanak.

Advertisement

Katanya lagi, semua pihak termasuklah media, pelakon dan juga penerbit filem atau drama perlu bekerjasama dalam memberi kesedaran mengenai normalisasi kehidupan songsang ini kepada pengikut dan juga peminat masing-masing di media sosial.

Namun, bagi pengarah terkenal Shahrulezad atau lebih dikenali sebagai Budak Ijat, dia beranggapan bahawa masih ramai di luar sana yang berfikiran jumud terhadap isu ini.

Ujar Shahrulezad, ketika ada pihak cuba memberi pemahaman dan pendidikan mengenai isu LGBTQ, selalunya mereka-mereka ini akan dianggap jahat dan melanggar hukum alam.

Kadang-kadang abam tak faham kenapa masyarakat kita takut sangat nak berdepan dengan realiti hidup. Di kalangan orang alim masjid pun ada. Ustaz ustaz pondok tahfiz pun ramai.

This is real, tanpa drama tu pun bukan bermakna budaya ni tak membarah. Tak semestinya apa yang kami paparkan di dalam media sosial akan menjadi ikutan dan pengaruh buruk semata.

Katanya lagi, orang ramai harus bersikap lebih terbuka dalam memahami sesuatu masalah agar punca dan cara mengawal masalah tersebut dapat dikenal pasti kerana golongan LGBTQ ini sebenarnya memang wujud dalam kalangan masyarakat.

“Boleh tak kita jangan terlalu insecure sangat dengan iman dan underestimate akal kita dalam berfikir. Lagipun dalam dunia ni Allah bukan ciptakan hanya untuk dihuni oleh golongan alim alim beriman saja.” luah Shahrulezad.

Shahrulezad kecewa dengan Annuar Musa
2 years ago

Gangguan Seksual Di Anggap Hal Remeh, Shahrulezad Kecewa Dengan Annuar Musa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...