“Bila Dah Makin Tua…” – ‘Jawline’ Tajam Jadi Tumpuan, Hael Husaini Didakwa Buat Pembedahan Plastik

Hiburan

“Bila Dah Makin Tua…” – ‘Jawline’ Tajam Jadi Tumpuan, Hael Husaini Didakwa Buat Pembedahan Plastik

Penampilan terkini Hael Husaini, mendapat perhatian gara-gara ‘jawline’ yang tajam selain gayanya yang ala-Korea itu.

Bukan sekadar gayanya malah menurut Gempak, ada yang mendakwa penyanyi lagu Jampi itu menjalani pembedahan plastik pada wajahnya.

Advertisement

Menjawab desas desus itu, Hael berkata dia langsung tidak tahu bagaimana spekulasi tersebut boleh tercetus namun mengakui ada terdengar tuduhan tidak berasas berkenaan.

Saya tak tahu nak cakap macam mana. Reaksi saya hanya mampu tersenyum saja.”

Katanya lagi, perubahan itu lebih ketara kerana dia semakin pandai menjaga diri, tidak seperti ketika usia mudanya.

Waktu muda dulu mungkin saya tak memikirkan soal penampilan sangat, tapi bila dah makin tua dengan sendirinya kita semakin ambil tahu dan lebih disiplin.”

Ulas Hael lagi, dia merasakan spekulasi ini wujud mungkin disebabkan penampilannya yang kemas dan selalu dititikberatkan oleh syarikat pengurusan.

Bersyukur dengan pasukan profesional yang menguruskannya, Hael berkata perubahan itu berlaku dari semasa ke semasa untuk dia tampil lebih menarik depan kamera.

Saya akui dulu tak ada pasukan di belakang. Semua buat sendiri. Sekarang saya diuruskan oleh pasukan yang profesional.”

Fuh! Makin tajam ‘jawline’ Hael!

Hael husaini
2 years ago

Didakwa Masuk Kelab Malam Songsang Di Korea Selatan, Ini Jawapan Hael Husaini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...