Didakwa Masuk Kelab Malam Songsang Di Korea Selatan, Ini Jawapan Hael Husaini

Hiburan

Didakwa Masuk Kelab Malam Songsang Di Korea Selatan, Ini Jawapan Hael Husaini

Penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini menegaskan dia tidak mahu memikirkan tentang dakwaan terhadap dirinya berkaitan isu memasuki sebuah kelab gay semasa berada di Itaewon, Korea Selatan atas urusan kerja baru-baru ini.

Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi berkata, mungkin fitnah itu timbul kerana banyak pihak tidak tahu tujuan sebenar dirinya berangkat ke Korea sekitar awal November lalu.

Advertisement

Menurut Hael, 34, dia termasuk beberapa rakan artis lain yang terlibat dalam program Master In The House Malaysia, mereka tidak dibenarkan untuk beritahu pada umum.

Allahuakbar… Mungkin benda itu terjadi kerana orang tak tahu kenapa kita berada di sana.

Jelas penyanyi lagu Kelentang Kelentong itu, dia enggan menjadikan hal itu sebagai satu punca untuk dirinya hilang fokus untuk menjayakan program tersebut di sana.

Saya tak tahu dan tak nak ambil tahu. Saya serahkan kepada pengurusan saya dan rasanya, mereka lebih pakar dalam mengendalikan hal seperti ini.

Terdahulu, pengurusan Hael Husaini bercadang mengambil tindakan terhadap seorang pelajar Malaysia di Korea Selatan yang dikatakan memfitnah penyanyi terbabit berhibur di sebuah kelab hiburan gay di Itaewon baru-baru ini.

hael husaini
1 year lalu

Dituduh Clubbing Di Kelab Songsang Di Korea, Pengurus Hael Husaini Bakal Ambil Tindakan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. anonymous

    January 5, 2022 at 5:20 pm

    tumeric nyah

  2. tecit

    January 5, 2022 at 3:47 pm

    yg pelajar tu plak buat ape kt situ? gay jgk ke tehehe

Loading...