Seperti yang ramai tahu, penyanyi rap dari kumpulan K-Clique iaitu Noki sering menjadi perhatian orang ramai apabila dilihat kerap berkongsi susuk tubuh badanya yang sasa di platform media sosial.
Malah, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji mengakui dia sering menerima mesej yang tidak sopan atau berbaur lucah.
Apa yang lebih mengejutkan, penyanyi berusia 28 tahun itu berkata kebanyakan daripada mesej yang dihantar adalah daripada golongan lelaki.
Saya banyak terima mesej seperti itu, macam-macam lah. Tapi kebanyakan daripada mereka adalah lelaki yang hantar DM.
Kadang-kadang pernah juga terbuka gambar yang dihantar, bila lihat rupanya gambar kemaluan lelaki.
Bagaimanapun, Noki mengakui sudah menjangka perkara sebegitu akan terjadi dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.
Orang berani buat sebab tindakan saya juga, saya yang kongsi foto belanja badan. Sebabkan itu, ada yang fikir saya dah ‘belanja’ badan, bolehlah kacau.
Oleh itu, penyanyi lagu Mimpi itu memilih untuk bersikap tenang dan hanya memadam mesej-mesej sedemikian.
Saya relaks sahaja, kadang-kadang saya terus padam tanpa lihat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.