Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bila Bagi Muka Mulalah Naik Tocang Berlagak Tak Kena Tempat – Sharnaaz Ahmad

Apabila Sharnaaz Ahmad meluahkan pendapat beliau mengenai sikap pelakon baharu yang tidak mementingkan disiplin dan berlakon agak kayu apabila menerima tawaran berlakon watak utama didalam drama, ada pihak yang mula terasa dengan pendapatnya itu.

Advertisement

Namun, Sharnaaz menjelaskan luahan beliau itu bukan kerana cemburu melihat bakat-bakat baru mendapat peluang yang cukup mudah itu tetapi ingin menegur mereka yang sudah mendabik dada dan tidak hormat pelakon lebih senior.

Zaman sekarang memang terlalu mudah pelakon baharu jadi teraju utama. Ada kabel atau pengaruh keluarga sedikit contohnya, senang-senang mereka boleh jadi watak utama. Dalam hal ini saya sendiri mengalu-alukan kehadiran bakat pelapis tapi biarlah dengan cara betul.

Lebih afdal bermula dari bawah, baharu tahu jerih perih sebenar berjuang di liga seni. Kalau nak ambil berlakon pun, biarlah seiring dengan bakat.

Ditambah pula, pelakon baharu mudah saja dapat promosi itu dan ini, malah ada yang sampai ditatang bagai minyak yang penuh. Mulalah naik tocang, berlagak tak kena tempat. Malah satu tahap bila perhatian dan limelight diberikan kepada mereka, ada yang tak boleh menanganinya sebaik mungkin kerana kurang pengalaman.

Bermula daripada bawah dan menimba pengalaman sedikit demi sedikit sehingga popular seperti sekarang, Sharnaaz sebenarnya merasa syukur kerana banyak perkara yang beliau pelajari daripada beberapa pengarah terkenal untuk memperbaiki dirinya.

Saya bersyukur bermula dari bawah. Saya dapat kenal dengan ramai orang seni termasuk pengarah seperti Michael Ang, Kabir Bhatia dan Shahrulezad Mohameddin.

Mereka inilah yang mengajar serta melayan saya sebagai pekerja bukan sebagai kawan. Drama pertama saya dibayar RM7,000 saja untuk tempoh enam hingga tujuh bulan. Kalau dibahagikan jumlah itu, saya menerima sekitar anggaran RM1,100 sebulan. Duit itulah nak bayar kereta, sewa rumah, bil dan sebagainya

Bila bermula daripada bawah pengalaman yang kita dapat itu tidak mungkin dapat di jual beli, malah ia mengajar kita untuk tidak kenal erti putus asa dan terus bersemangat jika ada halangan. Kalau sudah dimanjakan daripada awal memang susahlah bila kena “jentik” sikit nanti.

Sumber Berita: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top