Bapa kepada pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof iaitu penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam tidak terkilan anak lelakinya gagal berkunjung ke rumahnya pada hari raya tahun ini.
Dah boleh terima kenyataan
Malah, isteri kepada Yusof juga dikatakan sudah boleh menerima kenyataan bahawa hubungan mereka dengan anak lelakinya itu masih lagi renggang. Walau begitu, dirinya sentiasa percaya Syamsul masih sayang terhadap mereka meskipun sudah lama tidak pulang ke rumah.
Seperti yang anda semua tahu, Syamsul tak balik beraya dengan kami pada tahun ini.
Namun tidak mengapa, kami tak ambil hati pun dan kami dah boleh terima benda ini. Semua ini adalah qada’ dan qadar.
Saya percaya dia seorang anak, kasih sayang dia pada ibu dan ayah dia tetap utuh. Biasalah budak muda merajuk tetapi kami memang tak ambil hati.
View this post on Instagram
Hubungan baik dengan keluarga menantu
Dalam pada itu, menjawab kepada persoalan hubungan bersama keluarga menantunya, Puteri Sarah, Yusof berkata ikatan tersebut akan dikekalkan selamanya walaupun Sarah tidak lagi bersama anak lelakinya.
Malah, dia dan isteri juga terima dengan senang hati jika Sarah memilih untuk berkahwin lain.
Sehingga ke hari ini, hubungan kami okey sahaja macam biasa dan ada masa kami akan keluar makan bersama.
Tak ada satu jurang pun antara kami walaupun Syamsul dan Puteri Sarah sudah berpisah.
Bagi saya, kami dah ada cucu dan itulah yang mengeratkan lagi hubungan kami.
Kami reda dan kita bukanlah nak buang Sarah kalau dia kahwin lain, tidak. Dia pun masih boleh beraya bersama kami.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 sebelum disahkan bercerai pada 13 Jun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.