Biasa Hadapi Banjir Di Pantai Timur, Pemuda Ini Kongsi Tips Bersihkan Rumah Selepas Banjir

Kehidupan

Biasa Hadapi Banjir Di Pantai Timur, Pemuda Ini Kongsi Tips Bersihkan Rumah Selepas Banjir

Setiap tahun negara kita akan menghadapi bencana alam banjir akibat hujan berterusan yang teruk sehingga mengakibatkan tempat tinggal dan banyak barang yang terjejas kerana kenaikan air di dalam rumah.

Setelah beberapa hari air banjir mula surut, rumah pastikan mengalami kekotoran dan perlu dibersihkan agar tidak adanya bakteria merebak serta menghindari penyakit-penyakit yang tidak diingini.

Advertisement

Baru-baru ini, seorang pemuda Twitter ada membuat perkongsian k tips serta barang yang boleh diguna untuk membersihkan rumah selepas banjir serta difahamkan beliau menetap di pantai timur, jadinya sudah biasa hadapi bencana banjir kilat ini.

Jom kita lihat tips yang berguna ini sama-sama!

1. Pancutan air (water jet)

water jetSumber : Gambar hiasan 

Menurut beliau, water jet ini merupakan antara barang yang penting ketika hendak membersihkan rumah kerana ia akan menjimatkan masa serta tenaga dalam proses pembersihan rumah.

2. Penyodok air getah

penyodok airSumber : Gambar hiasan 

Penyodok air getah ini akan membantu anda dalam proses mengeluar serta menolak air yang masih ada di dalam rumah keluar dari kediaman anda.

3. Sarung tangan (glove)

sarung tanganSumber : Gambar hiasan 

Dalam pada itu, sarung tangan ini diperlukan kerana untuk mengelakkan tangan anda dari melecet dan juga demi keselamatan kerana air banjir itu adalah air kotor, jadi kita tidak tahu apa yang ada disekeliling ketika itu.

4. But kuning

but kuningSumber : Gambar hiasan 

Pemuda itu menyarankan agar orang ramai menggunakan but kuning ini ketika proses pembersihan daripada mengguna kasut biasa kerana bimbang dengan binatang serta objek tajam semasa berjalan.

5. Plastik sampah tebal

plastik sampahSumber : Gambar hiasan 

Kalau anda ingin menggunakan plastik sampah untuk membuang barang-barang yang tidak boleh digunakan lagi akibat banjir, pastikan anda membeli plastik sampah tebal agar tidak mudah koyak jika barang buangan itu berat.

6. Pasir kucing

pasir kucingSumber : Gambar hiasan 

Hahh pada siapa-siapa yang membela kucing pasti ada barang ini di rumah kan? Kalau anda nak tahu, pemuda ini memberitahu pasir kucing ini mampu serap bau lumpur jika anda membuka plastiknya sahaja. Info baru yang sangat berguna ni!

7. Pewangi udara (air freshener)

pewangi rumahSumber : Gambar hiasan 

Akhir sekali, pewangi udara amat penting diletakkan disetiap sudut rumah setelah selesai membersihkan segalanya kerana pemuda itu berkata rumah yang terjejas akibat banjir pasti akan berbau busuk dan mengambil masa yang agak lama untuk hilang.

Sangat berguna ya perkongsian yang diberikan oleh pemuda ini! Semoga ianya sedikit sebanyak dapat meringankan kerja anda ketika membuat proses pembersihan nanti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending berkenaan dengan isu banjir pada pautan di bawah.

Ismail Sabri
3 years ago

Penduduk Di Negeri Utara Semenanjung Dinasihati Bersiap Sedia Kemungkinan Banjir - Perdana Menteri

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...