“Biarlah Saya Simpan Dan Tutup Aib Dia Sebaiknya” – Linda Hashim Dan Beego Nekad Cerai Lagi Hari INi

Hiburan

“Biarlah Saya Simpan Dan Tutup Aib Dia Sebaiknya” – Linda Hashim Dan Beego Nekad Cerai Lagi Hari INi

Pelakon Linda Hashim dilaporkan memfailkan perceraian sekali lagi dan merupakan keputusan muktamad bagi mengakhiri kisah perkahwinannya bersama pelakon Beego.

Difahamkan, Linda telah berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari lalu.

Advertisement

Dalam pada itu, memetik portal, Linda mendedahkan dia pernah bercerai kali kedua pada Mac 2023 namun rujuk semula sebulan kemudian.

Kali pertama kami bercerai pada Mac 2023 dan ketika itu kecoh kami rujuk semula sebulan kemudian.

Tak ramai tahu yang kami bercerai buat kali kedua pada penghujung tahun sama namun kami rujuk semula di luar mahkamah.

Manakala untuk perceraian kali ini, Linda berkata dia telah berfikir sehabis baik namun tekad kerana masalah sama tetap berulang meskipun sudah berkali-kali memberi peluang kepada Beego.

Linda beego bercerai

Berbulan saya dapatkan nasihat di mahkamah, pejabat agama, polis dan agamawan tentang perkahwinan saya ini. Itu usaha saya. Saya sudah bagi peluang dan cuba perbaiki masalah sama selama 11 tahun, cukuplah sampai di sini.

Linda juga enggan berkongsi lanjut punca dia nekah bercerai kerana ingin menjaga aib Beego.

Kalau saya dedahkan nanti susah dia hendak mencari nafkah untuk anak-anak kami. Biarlah apa yang terjadi saya simpan dan tutup aib Beego dengan sebaik-baiknya.

Sekadar info, Linda dan Beego telah mendirikan rumah tangga pada Jun 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan 3 orang cahaya maya perempuan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

17 hours ago

Mona Allen Dedah Sisi Berbeza Azwan Ali - "Kenapa Dia Tidak Diangkat Seperti Seniman Lain"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...