Pelakon Mona Allen tampil berkongsi pendapat mengenai peribadi personaliti TV terkenal, Azwan Ali yang didakwanya berbeza di dunia realiti berbanding di media sosial.
Mona menerusi satu hantaran di Instagram meluahkan perasaan tentang mengapa Azwan tidak diangkat dan mendapat pengiktirafan seperti seniman yang lain.
Masya-Allah, hebat seorang yang bernama Azwan Ali, heran kenapa dia tidak diangkat seperti seniman lain? Sangat-sangat profesional di set penggambaran, brilliant mind and thinking.
Isteri kepada pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim juga menganggap Azwan tidak menyusahkan orang dan mempunyai karakter dan pemahaman di luar kotak.
Sangat mudah bekerja dengan dia, faham tugas yang diberi. Tak banyak karenah, datang paling awal ke set penggambaran. Call time pukul dua petang, pukul enam pagi dah sampai.
Bukan sahaja Mona Allen, seorang individu bernama Zulfakar turut memberi pujian kepada Azwan Ali kerana sikapnya yang profesional dan baik.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.