Berita itu membuatkan ramai peminat terkejut yang selama ini melabelkan Rashidi dan Vanidah sebagai pasangan artis paling ‘sweet’ serta jarang terpalit dengan kontroversi.
Vanidah menerusi portal Astro Awani berkata, tiada sebarang pertengkaran berlaku antara beliau dan Rashidi sehingga membawa kepada keruntuhan rumah tangga mereka dan menjelaskan perpisahan mereka dibuat secara baik.
Segala apa yang berlaku ada sebabnya. Demikian juga rumah tangga saya dengan Shidi. Sudah tentu perkara ini (perceraian) berlaku kerana ada sebab-sebab yang biarlah kami sahaja yang tahu. Saya fikir adalah tidak manis untuk saya berkongsi punca perceraian kerana mendedahkan hal itu seperti membuka aib kami berdua.
Walaupun sudah tiada lagi ikatan antara mereka, Vanidah dan Rashidi masih mempunyai hubungan yang baik demi kebaikan anak-anak mereka. Tiada permusuhan dan akan terus bersahabat.
Sudah tertulis jodoh mereka sampai di sini sahaja dan kami sangat respek dengan keputusan Rashidi dan Vanidah yang masih boleh mengekalkan hubungan baik meskipun sudah bercerai. Kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka agar keharmonian itu dapat berkekalan selamanya.

aih
March 21, 2019 at 3:16 pm
aku dulu cukup minat si Vanidah ni.. mmg betul cam melayu terakhir.. lengkap package untuk lelaki… menipu la zaman muda kalau x buat stock dalam bilik mandi… untung si husband bila kawin ngan Vanidah..
skang jadi cam ni.. agak sedih juga..
nana
March 21, 2019 at 1:51 pm
dengar kata, rashidi yg buat hal..dia ada skandal dengan aspalela abdullah…tu yg vaneeda mengamuk tu mintak cerai..
tweety2805
March 21, 2019 at 12:17 pm
yg nitizen pon nak tau punca cerai dah kenapeeeee???
sebok jerrrrr!
doakan yg baik2 sudehhhh…..huhuuuu
utk vee & shidi….semoga teros berbaik demi 2 zuriat anda berdua yg tercinta….