Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Selepas 17 Tahun Bersama, Rashidi Ishak Dan Vanidah Imran Mengaku Bercerai

Segala teka-teki mengenai status perkahwinan pasangan selebriti, Rashidi Ishak dan Vanidah Imran terjawab apabila aktor itu mengakui mereka sudah sah bercerai pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun bergelar suami isteri.

Advertisement

Pendedahan itu dibuat oleh Rashidi sendiri menerusi akaun Instagramnya malam tadi. Katanya, beliau terpaksa merahsiakan berita itu kerana ingin menjaga privasi dan menghormati keluarga kedua-dua belah pihak.

Rashidi turut mengakui kelemahannya sebagai ketua keluarga dalam memimpin rumah tangga yang dibina antara punca mereka bercerai.

Advertisement

Pasangan Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika.

Sejujurnya, Shidi dan Vee antara pasangan selebriti yang sering dijadikan contoh buat orang ramai diluar sana. Sering sahaja tampil bahagia dan serasi bersama. Apa-apa pun, takdir menentukan segalanya, jodoh mereka tidak lama. Semoga kekal tabah dan dapat kekalkan hubungan yang baik selamanya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 Comments

  1. Zcd.zaai

    March 26, 2019 at 5:40 pm

    Vanidah and I,

Loading...
To Top