Adat sebuah majlis walimatul urus, tetamu akan dijamu dengan pelbagai hidangan yang enak dan percuma bagi tujuan meraikan hari bahagia pengantin raja sehari.
Namun, tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah hantaran di Twitter memaparkan kad undangan perkahwinan satu pasangan pengantin ini telah menjadi bahan bualan warga maya.
Confuse juga ini jemputan perkahwinan ke pameran? pic.twitter.com/PPzpz4RVKJ
— ???? (@naqyaaa) July 12, 2022
Dalam deskripsi undangan perkahwinan itu, tetamu yang hadir bakal dikenakan tiket masuk, juadah dicaj RM50 seorang untuk bufet malah bergambar dengan pasangan pengantin di pelamin pun kena bayar, wah dahsyat betul ni!
Meskipun hantaran tersebut hanyalah parodi semata-mata, namun ia tetap menimbulkan ruang perdebatan dalam kalangan netizen.
Ada yang merasakan bahawa undangan berbayar seperti itu bukanlah untuk meraikan pengantin dan meraih pahala sedekah dengan memberi tetamu makan tetapi sekadar ‘bisnes’ semata-mata.
Kalau tak ada duit nak kahwin jangan kahwin. Majlis ni sebenarnya untuk meraih pahala sedekah je sebenarnya. Kalau nak duit balik, buat bisnes jangan buat majlis kahwin.-netizen
Tak pernah dibuat orang ye tak? Gurau je tu guys!