(VIDEO) “Sampai Macam Ni Sekali” – Lelaki Sanggup Gantung ‘Banner’, Edar ‘Flyers’ Untuk Cari Jodoh

Kehidupan

(VIDEO) “Sampai Macam Ni Sekali” – Lelaki Sanggup Gantung ‘Banner’, Edar ‘Flyers’ Untuk Cari Jodoh

Jodoh pertemuan sememangnya terletak di tangan Tuhan, akan tetapi sebagai manusia kita juga berusaha untuk mencari insan yang mahu dijadikan pasangan hidup.

Bagaimanapun, ada segelintir orang yang berfikir di luar kotak dan berusaha tinggi hanya untuk mencari suri hati dalam hidupnya.

Advertisement

Begitulah ceritanya bagi seorang pemuda yang dikenali sebagai Ariff apabila dia berkongsi caranya mencari jodoh kerana sudah lama hidup membujang.

Perkongsian video di platform TikTok menunjukkan Ariff sanggup menggantung ‘banner’ bagi mencari calon isteri. Mengakui dirinya bukanlah seorang yang ‘good looking‘ serta sering kali kena ‘friendzone’, dia tidak berputus asa untuk mencari wanita idaman dan mendirikan rumah tangga.

Selain itu, dia juga menunjukkan usahanya mencari jodoh dengan cara yang berlainan seperti menyebarkan ‘flyers’ kepada orang awam menerusi postingan di Instagram.

Apa yang lebih menarik perhatian, apabila dia juga sanggup memberikan hadiah sebanyak RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan pasangan hidup buatnya.

Oleh kerana usaha yang dibuat, rata-rata netizen berasa kagum dengan usaha lelaki itu dan ada juga yang turut menawarkan kenalan untuk disatukan dengan lelaki berkenaan.

isi google forms langgar undang-undang
6 bulan lalu

Langgar Undang-Undang, Isi Google Form Untuk Cari Jodoh Boleh Dipenjara 2 Tahun Dan Didenda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...