Biar Anak Bini Terkontang-Kanting Di JPN, Netizen Geram Tengok TikTokers Boss Kay Hadir ‘Fashion Show’ Bersama Aktres Wanita

Kehidupan

Biar Anak Bini Terkontang-Kanting Di JPN, Netizen Geram Tengok TikTokers Boss Kay Hadir ‘Fashion Show’ Bersama Aktres Wanita

Tular di media sosial baru-baru ini mengenai kisah seorang pensohor yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau lebih dikenali sebagai Cik Pia yang meluahkan rasa kesal dengan sikap suaminya yang enggan hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hingga menyebabkan anak mereka terpaksa dibinkan dengan nasab Abdullah.

Difahamkan, suami kepada Cik Pia juga merupakan seorang TikTokers terkenal dan dikenali sebagai Boss Kay telah menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita.

Advertisement

BACA: “Kesana Sini Dengan Makwe Boleh Pula” – Terpaksa Pilih 99 Nama Allah Dibinkan Untuk Anak, ‘Influencer’ Kesal Suami Tak Hadir Ke JPN

Malah, lelaki berkenaan juga dikatakan telah hadir ke sebuah acara pertunjukan fesyen di Perak bersama pelakon wanita yang dikenali sebagai Tash Yong.

Meninjau ke media sosial pelakon wanita tersebut, terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa dia dan Boss Kay kini sedang menjalinkan hubungan cinta namun memilih untuk mengambil pendekatan ‘berahsia’ terlebih dahulu.

@tash_yong

I AM A MASTERPIECE ?. you should tell yourself this, everyday! don’t ever let other people bring you down. Got it?! especially to my fellow #SekolahViral #sahabatbosskay Let’s RISE & JALAN TERUS! . thanks #AlphaModa for having us & special thanks to our designers #EvitaMairesse & @CERLENE for making us like a King & Queen of the day? . #tashyong #bosskay #STYLE #SahabatTashYongLimitedEdition

? Feel This (Two AM Music Global) – Adriane Palikat

Dalam hantaran tersebut, Tash dan Boss Kay dilihat berpimpin tangan dan dilihat mesra dan selesa antara satu sama lain.

Terdahulu, Cik Pia menerusi TikToknya meluahkan rasa sedih apabila suaminya itu sempat bersiaran langsung di media sosial namun memberi alasan tidak punya masa untuk hadir ke JPN bagi urusan pendaftaran nama anak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kisah Dunia

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...