“Kesana Sini Dengan Makwe Boleh Pula” – Terpaksa Pilih 99 Nama Allah Dibinkan Untuk Anak, ‘Influencer’ Kesal Suami Tak Hadir Ke JPN

Kehidupan

“Kesana Sini Dengan Makwe Boleh Pula” – Terpaksa Pilih 99 Nama Allah Dibinkan Untuk Anak, ‘Influencer’ Kesal Suami Tak Hadir Ke JPN

Seperti diketahui ramai, seorang influencer yang dikenali sebagai Nor Sufia Johari atau mesra dikenali sebagi Cik Pia sebelum ini ada meluahkan dirinya berasa kesal dengan sikap suami yang enggan memberi kerjasama hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hingga membuatkan anak terpaksa dibinkan nasab Abdullah.

Terbaharu, Cik Pia ada kongsikan satu video baru di TikTok memaparkan dirinya sedang menahan air mata apabila anak yang baru dilahirkan terpaksa memilih 99 nama Allah untuk dibinkan membuat ramai berasa sebak.

Advertisement

Dalam pada itu, dia lagi berasa kesal apabila mengetahui si suami sempat saja melakukan live di media sosial tetapi tidak mempunyai masa untuk hadir ke JPN untuk daftar nama anak.

Pedih bagai dihiris hati ini.. masih ada masa ke sana ke sini dengan makwe tapi untuk datang ke JPN daftarkan anak tak ada masa.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata merasakan pihak JPN sepatutnya lebih bertimbang rasa terhadap wanita tersebut memandangkan suami tidak mahu beri kerjasama.

komen netizen

komen netizen

Dalam pada masa yang sama, ramai juga netizen mendoakan agar Cik Pia kuat hadapi ujian tersebut dan berharap agar perjalanannya sentiasa dipermudahkan.

Wanita kesal dijeling
1 year ago

"Ni Kedai Makan, Bukan Tadika!" - Wanita Anak Ramai Bengang Kena Jeling Di Restoran Sebab Bising, Netizen Tak Puas Hati?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...