Biadab Dan Keterlaluan, Fahmi Fadzil Arah Batal Festival Muzik GVF 2023 Serta Merta

Hiburan

Biadab Dan Keterlaluan, Fahmi Fadzil Arah Batal Festival Muzik GVF 2023 Serta Merta

Susulan daripada aksi dan kenyataan berunsur penghinaan dan biadab terhadap undang-undang Malaysia oleh salah satu kumpulan muzik antarabangsa, The 1975 yang membuat persembahan malam tadi, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah memanggil penganjur festival muzik tersebut untuk memberikan penjelasan.

Difahamkan, Fahmi juga akan berhubung dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan laporan penuh berkenaan insiden tersebut.

Advertisement

Ini satu tindakan yang sangat biadab. Saya telah panggil penganjur untuk beri penjelasan esok (hari ini) dan akan berhubung dengan pihak berkuasa untuk dapatkan laporan penuh.

Terbaru, Fahmi dalam satu kenyataan di Twitter sebentar tadi telah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung pada hari ini sehingga esok.

Menteri itu juga menggesa agar penganjur Festival Good Vibes 2023, Future Sound Asia untuk memberi bayaran balik kepada pembeli tiket yang terkesan akibat pembatalan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cait ?? (@caitlinchuah)

Terdahulu, media melaporkan vokalis kumpulan itu, Matty Healy ada menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan seperti memegang botol arak dan membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan isu LGBTQ.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

matty healy 1975
9 months ago

(VIDEO) Hina Undang-Undang Malaysia, Penyanyi Cium Gitaris Di Atas Pentas -"Anda Tidak Boleh Arah Dengan Siapa Saya Tak Boleh Lakukan S*ks"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...