Aduh. Sedih pulak Abang Nara membaca perkembangan terkini Betty Benafe ini. Rasanya semua tahu yang Betty sudah pun bertunang dengan seorang jejaka Lubnan yang bernama Bruce. Menurut perancangannya, mereka berdua akan berkahwin pada 8 Disember ini.
Namun kini, Betty sudah ragu-ragu sama ada untuk meneruskan perkahwinan atau membatalkannya. Kad kahwin sudah diedarkan sepenuhnya. Berkata kepada BiPop, banyak masalah yang timbul ketika pertunangan mereka. Kata Betty:-
Terlalu berat untuk saya membuat keputusan. Kini, saya berada di persimpangan dilema, sama ada meneruskan atau membatalkan perkahwinan. Saya tahu, saya dan keluarga akan malu jika membatalkan perkahwinan ini, hampir 200 kad undangan sudah diedarkan kepada tetamu. Tapi jika saya berkahwin untuk bercerai, tiada gunanya juga. Saya terlalu menyayangi Bruce. Sebelum bertunang dulu, kami bahagia dan tiada masalah. Bagaimanapun, sebaik bertunang dan tempoh perkahwinan yang tidak sampai sebulan, banyak masalah yang timbul
Biasalah tue adat dalam pertunangan. Darah tengah manis. Gaduh itu perkara biasa. Cuma perlu dikawal agar tidak merebak. Apa pun kalau betul memang bakal berakhir dengan penceraian, Abang Nara sarankan batalkan je perkahwinan ini. Malu sikit tak apa daripada jadi janda. Tak gitu? Apa kata anda?
i
November 19, 2012 at 8:50 am
erm,sy dh brtunang hmpir stahun, awl tahun dpn kluarga sy nk ttapkn tarikh tp sy masih keliru dgn kputusan sy smaada nk kawen atau x..sbb dua2 sy syg..arghh tolong sy
Raja minah jambu
November 19, 2012 at 7:56 pm
kau rembat aje lah dua2 senang kan..tk payah nk pikir2..
heart
November 19, 2012 at 8:39 am
it’s normal!
2 weeks before my wedding…i seriously dont want to go on. ada je masalah.
but now…im happily married.
Audrey Hepburn
November 19, 2012 at 7:26 am
Typical Malays, very short-sighted. Baca ayat camtu sikit, terus gelabah tak tentu hala nak marah orang. Fikiran tu buka luas-luas, tukar jadi positif.
Anonymous
November 20, 2012 at 8:34 pm
omputih pandai komen dalam bahasa melayu? wow!
Mak jemah pemalu
November 19, 2012 at 1:00 am
Bertunang sebenarnye lbh elok org xtau..solat istikharah adalah jln yg terbaek minta pada die..sebb tu org tua selalu pesan dalam tempoh bertunang n dh nak kawen jgn selalu jumpe, supaya perkara begini tidak berlaku (meman haram pun kuar)
Minamanja
November 18, 2012 at 10:35 pm
Eh Nara pandai pandai je kau suruh org tu batalkan
Suruh dia istiharah la minta pertunjuk dari yg esa … mudah mudahan
dilembutkan hati masing masing dan terbit pula rasa sayang …