Nama Neelofa nampaknya langsung tidak berhenti disebut oleh netizen sejak kebelakangan ini. Bukan kerana hal yang baik namun disebabkan oleh beberapa perkara yang kurang menyenangkan.
Umum mengetahui bahawa usahawan itu bersama suaminya, Muhamad Haris telah dihadapkan ke mahkamah pagi tadi atas dua pertuduhan iaitu tidak mengimbas MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka semasa berada di sebuah kedai karpet di Nilai baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, kedua mereka mengaku tidak bersalah dan prosiding seterusnya akan berlangsung semula pada 4 Jun nanti.
Selepas berita tersebut tular di serata media sosial, nampaknya netizen mula mempersoalkan suatu perkara yang baru. Daripada foto Neelofa di perkarangan mahkamah, ramai yang tertanya-tanya mengenai peraturan pemakaian pelitup muka bagi sesiapa yang mengenakan purdah.
a niqab IS NOT A FACE MASK https://t.co/V5lbME4P5f
— Qyira ? #ManaUndiKami (@takterqyira) May 20, 2021
Untuk pengetahuan ramai, Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mengatakan bahawa wanita yang berniqab juga perlu memakai pelitup muka dalam membendung wabak COVID-19.
Namun daripada foto yang tular, Neelofa dilihat hanya memakai purdah nipis sehingga menampakkan bentuk hidung dan mulutnya. Lantas membuktikan bahawa dia tidak memakai pelitup muka di bawahnya.
Insiden itu ternyata membuatkan semakin ramai netizen yang menyelar usahawan tersebut yang sepertinya terus memandang enteng prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan kerajaan.
Susah sangat ke pakai pelitup muka?
Kredit foto utama: Malaysia Gazette (Affan Fauzi)
WEKK
May 21, 2021 at 12:09 pm
TECIT..EH KAU PLAK MEROYAN
tecit
May 21, 2021 at 11:45 am
eh engkorang ni yg jaki sgt dgn lopak ni dah kenapa? mak aku pon pakai niqab instead of mask. aku faham la die slh. yg tu mmg aku pon bengang. mslhnye isu niqab not mask ponnn korg nak komen dah knp. rmai lg kot kt luar sane niqabi yg xpkai mask. de fakkkkkk!
Anonymous
May 21, 2021 at 10:32 am
tlg la bersangka baik semua..dah pkai niqab mane blh kene covid..ape bende korang ni