Pasangan selebriti penuh kontroversi, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) dilaporkan mengemukan pengakuan tidak bersalah di atas pertuduhan ingkar prosedur operasi standard (SOP)perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Pertuduhan ke atas pasangan ini difahamkan telah dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, pagi ini.

Dakwaan ini bermula apabila pasangan itu dilihat memuat naik gambar dan video di sebuah kedai karpet bertempat di Nilai pada 2 Mei lalu.
Neelofa dan suaminya didakwa gagal melakukan imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual ketika masuk ke premis tersebut. PU Riz turut didakwa atas satu lagi kesalahan iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Suaminya dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000, manakala Neelofa pula dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 meskipun pihak pendakwaan memohon jaminan RM20,000 dikenakan kepadanya.
Usahawan dan selebriti tanah air, Neelofa serta suami yang dipercayai melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lepas tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 8.50 pagi untuk prosiding pendakwaan. pic.twitter.com/00HUyX8yLk
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 20, 2021
Sebutan semula kes telah ditetapkan pada 4 Jun depan.
anti mek klate
May 20, 2021 at 1:12 pm
kejap lg ada melayu bekap kata bangsa lain pon langgar.
lps tu siap mention dia bayar zakat, derma dkt tabung palestin, ust ebit lew.
ha mudah jd melayu islam ni. buat salah kita settle dgn zakat, derma.
apa function tah purdah dgn suami warak.
Anonymous
May 20, 2021 at 12:05 pm
Nitizen ni pon. X paham2 lg ke perangai nilopah ni? Senang2 je dia jawab pegi nilai atas urusan kerja. Dia nak jual karpet jename nilopah pulak.. adoi netizen2..money is king. Money is king. MONEY IS KINGGGGGGG duhhh
notfair
May 20, 2021 at 11:19 am
da agak dahhhh….golongan marhaeon on da spot dpt tiket 10k