Memiliki rupa paras yang cantik persis ibu, dua anak gadis bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim mencuri tumpuan orang ramai. Meskipun baru meningkat remaja, keayuan wajah Feera Aryanna dan Feeya Adyrra berjaya memikat hati sesiapa sahaja yang memandang.
Buktinya, hantaran terbaru Fiza Halim yang memaparkan dua anak daranya itu telah dihujani kata pujian daripada rakan artis dan pengikut. Rata-rata daripada pengikut yang mengikuti perkembangan Fiza seolah-olah tidak percaya anak-anaknya sudah semakin dewasa.
View this post on Instagram
Meninjau ke ruangan komen, penyanyi kumpulan Sweet Child, Acong berkata Fiza dan anak-anak kelihatan seperti kembar tiga. Mana tidaknya, kesemua mereka kelihatan sangat serupa dan mempunyai senyuman yang manis.
Malah, ada juga di antara netizen yang berseloroh memanggil penyanyi dan pelakon wanita itu ‘mama’ iaitu panggilan bagi ibu mertua. Walau bagaimanapun, gurauan itu ditepis seorang lagi warganet yang lain dengan berkata “jangan haraplah”.
View this post on Instagram
Malah, Fiza yang sudah menginjak usia 40 tahun Ogos baru-baru ini dipuji awet muda. Dah macam adik beradik apabila mengambil swafoto bersama.
Selain pujian, pengikut meninggalkan doa memohon semoga anak-anak gadis pelakon ini membesar menjadi anak yang solehah dan terhindar daripada perkara buruk.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.