Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Sedih Saya Siapa Tahu..” – Fiza Halim Akui Rindu Anak, 3 Bulan Tak Jumpa

Pelakon Fiza Halim akui telah menerima pelbagai tohmahan selepas dituduh oleh adik iparnya sendiri bahawa dia merupakan kaki sondol dan mata duitan baru-baru ini.

Advertisement

Menurut Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, dia menganggap hal yang berlaku dalam hidupnya baru-baru ini merupakan sebahagian daripada ujian hidup dan menerima sebagai qada dan qadar.

Semua yang berlaku sudah pun tertulis. Ada yang menghina, mencaci, mengeji saya. Bermacam-macam tohmahan yang saya dapat. Tapi saya hanya berdiam diri dan tak nak berkata apa-apa.

Dalam hantaran yang sama dibuat olehnya di Instagram itu, dia turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan anak perempuannya, Siti Alena Adra atau Baby Aleena, 3, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak mungkin seorang ibu sanggup berjauhan daripada anaknya. Sedih saya siapa yang tahu. Hari ini, Allah SWT memakbulkan doa saya untuk bertemu dengan nyawa saya ini.

Fiza Halim dan Baby AleenaSumber : IG Fiza Halim  

Sedia maklum, sebelum ini pada tanggal 11 Julai, nama Fiza Halim menjadi bualan orang ramai di Twitter selepas seorang individu yang juga merupakan bekas adik iparnya mendakwa pelakon tersebut seseorang ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik. 

SUMBER : Gempak
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Anonymous

    July 28, 2021 at 11:04 am

    Muka pun muka nampak mcm kaki sondol … Mcm jering and the gang !

  2. Anonymous

    July 28, 2021 at 5:23 am

    minta simpati tentu ramai lelaki dayus kayasanggup buang anak isteri tolong dia.
    habis duit lelaki tu dibuang mcm sampah, cari lagi lelaki kaya

  3. Bising

    July 27, 2021 at 11:46 pm

    Tulah dengan bekas suami me lain kali jangan lah paloi sang at dengan statement merapu kan dah kena ha… Bimbo cam Lana dengan Rita susah pulak

  4. Anonymous

    July 27, 2021 at 2:26 pm

    sedih isteri2 dicerai suami sebab kau mana kau tau kan fiza

    • zzzzzzzzzzzzz

      July 27, 2021 at 2:31 pm

      yezzz. one more thing, mana kata report polis laaa.. peguam laaa… nk saman org2 yg kondem dia tu? LOL

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top