Berubah Lepas Nikahi Miera Leyana, Anak Dakwa Siap Kena ‘Block’ Dengan Bapa – “Dia Dah Tak Sama Macam Dulu”

Hiburan

Berubah Lepas Nikahi Miera Leyana, Anak Dakwa Siap Kena ‘Block’ Dengan Bapa – “Dia Dah Tak Sama Macam Dulu”

Anak tiri kepada pelakon, Miera Leyana iaitu Nur Izzah Rosland mendakwa bapanya, Rosland Othman mula menunjukkan perubahan sikap selepas berkahwin dengan ibu tiri pada Julai 2020 lalu.

Bukan itu sahaja, Izzah berkata sebagai anak dia kesal dengan semua masalah yang berlaku dalam rumah tangga ibu bapanya.

Advertisement

Malah, dia juga berpendapat bahawa perpisahan adalah jalan yang terbaik untuk kesihatan mental ibunya yang telah melalui pelbagai dugaan.

Sumber: Berita Harian

Kalau berpisah pun mungkin bagus untuk ibu sebab selama ni dia dah banyak derita sedangkan ibu tak salah.

Tambahnya lagi, dia sudah lali dengan sikap bapanya yang langsung tidur menegurnya ketika berada di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Saya tak rasa apa-apa, mungkin dah biasa. Saya pun lagi tenang tak cakap dengan dia.

Dalam pada itu, Izzah mendakwa bapanya telah menyekat nombor telefon bimbitnya dan mereka sudah lama tidak berhubung sejak Februari lalu.

Dia dah banyak berubah, saya tak berhubung dengan ayah. Dia dah block saya.

Menurut Izzah, anak-anak akan sentiasa memberi sokongan kepada ibu dan sentiasa akan memastikan ibu menjaga kesihatan mentalnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Lepas 28 Tahun Kahwin, Dia Failkan Cerai.." - Madu Dakwa Suami Tak Balik Rumah Sejak Kahwin Dengan Miera Leyana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...