Beruang Sesat Di Hospital Temerloh Buat Orang Ramai Terkejut

Trending

Beruang Sesat Di Hospital Temerloh Buat Orang Ramai Terkejut

Seperti yang kita tahu, beruang merupakan sejenis haiwan mamalia karnivor berkaki empat dan hanya mempunyai lapan spesis di seluruh dunia. Ia juga dikategorikan sebagai haiwan yang kini diancam kepupusan. Antara spesis-spesis beruang ini termasuklah beruang kutub, beruang matahari dan pelbagai lagi.

Salah satu sebab beruang merupakan haiwan yang diancam kepupusan adalah kerana mereka digugat oleh kemusnahan habitat. Selain itu, beruang juga kini diburu untuk perdagangan anggota mereka secara haram termasuk pasaran hempedu beruang Asia.

Advertisement

3 years ago

Tersebar Video Pengunjung Berebut Susu Beruang, Ini Puncanya

Di Malaysia sahaja, kita selalu terdengar berita tentang beruang matahari yang sering kali kelihatan apabila ingin mencari makan serta dijumpai merayau kerana habitat mereka telah diterokai oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Orang ramai gempar lihat beruang sesat di Hospital

Terbaharu, orang ramai digemparkan dengan kehadiran seekor beruang yang tersesat di sekitar Paya Pulai termasuk di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh sejak malam semalam.

Berdasarkan sebuah video yang tular, haiwan liar tersebut berkeliaran di sekitar kawasan termasuklah di kawasan hospital dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Temerloh.

Bagaimanapun, haiwan tersebut dilaporkan tidak menyerang sesiapa dan hanya kelihatan tersesat serta cuba melarikan diri daripada orang ramai.

Jabatan Perhilitan berjaya melakukan penangkapan

Menurut KOSMO, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang bagaimanapun telah berjaya menangkap beruang yang berkeliaran tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Pengarahnya, Rozidan Md. Yasin berkata, operasi menangkap haiwan tersebut yang dilakukan oleh staf Perhilitan dengan kerjasama yang baik daripada penduduk kampung.

Beruang betina seberat 60 kilogram berusia antara dua hingga tiga tahun itu dibawa ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Jenderak Selatan di sini bagi rawatan dan pemantauan.

Tambah Rozidan lagi, tiada sebarang kecederaan dilaporkan terhadap kakitangan Perhilitan dan orang awam dalam kejadian itu. Berdasarkan pemeriksaan, beruang tersebut juga didapati dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...