Bertemu Muka Dan Bermaafan, Shuk Sahar Berdamai Dengan Individu Serang Gerai Air

Hiburan

Bertemu Muka Dan Bermaafan, Shuk Sahar Berdamai Dengan Individu Serang Gerai Air

Pasti ramai yang terpinga-pinga apabila membaca insiden gerai Shuk Sahar diserang oleh seorang individu tidak dikenali dengan kata-kata provokasi baru-baru ini.

Walaupun ada yang meluahkan rasa kasihan namun rata-rata netizen meninggalkan komen sinis dan mengatakan mungkin ini hanyalah gimik yang dirancang oleh selebriti tersebut. Pun begitu, Shuk tampil tenang dan reda sekiranya dianggap sedemikian oleh segelintir netizen.

Advertisement

3 years ago

"Saya Reda Dituduh Sengaja Buat Drama Untuk Viral Dan 'Free Marketing'.." - Shuk Sahar

shuk sahar Pun begitu, terbaru, Shuk telah berkongsi video pendek di mana individu yang memulakan provokasi itu datang dan memohon maaf atas ketelanjurannya.

“Jadi korang saya dah berjumpa dengan brader ini lah yang datang masa saya berniaga air tu. Apa yang kitorang nak bagitahu kita dah ambil keputusan untuk berdamai.”

Selepas sahaja berdamai, Shuk dilihat telah memadam posting asal mengenai kejadian tersebut. Malah individu itu turut mengakui tindakan itu tidak patut dilakukan memandangkan dia adalah orang dewasa.

“Saya nak minta maaf pada Shuk sebab provok macam-macam dengan kata-kata yang tak patut saya cakap. Sebagai orang dewasa kan, saya minta maaf sangat.”

Diharap isu ini reda memandangkan kedua-dua pihak sudah pun berbaik dan bermaafan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...