Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Reda Dituduh Sengaja Buat Drama Untuk Viral Dan ‘Free Marketing’..” – Shuk Sahar

Tular semalam di media sosial apabila Shuk Sahar dilaporkan telah diserang oleh seorang individu tidak dikenali ketika sedang berniaga air di tepi jalan bersama rakannya.

Shuk SaharSumber : STAR  

Namun, setelah video tersebut menjadi ‘viral’, ramai pula netizen yang mempersoalkan keaslian video tersebut di mana ada yang mendakwa ianya seolah-olah diadakan secara sengaja semata-mata untuk perhatian dan tujuan promosi.

Advertisement

Ditemui media, Shuk berkata dirinya reda meskipun dituduh sebagai penipu dan sengaja mencipta drama semata-mata untuk kembali relevan di mata peminat.

Dia yang sebelum ini terpalit beberapa kontroversi panas melibatkan hal rumah tangga sehingga mencetuskan kemarahan netizen sekaligus diberhentikan kerja sebagai penyampai radio Hot FM tampil memberi penjelasan.

Advertisement

“Saya reda jika ada yang kata saya ini penipu dan sengaja buat drama sebab nak viral atau free marketing. Tidak ada yang saya nak komen lagi mengenai insiden tersebut, biarlah apa orang nak kata kerana apa yang saya tahu, saya sedang mencari rezeki yang halal.”

Tambahnya lagi, dia sedar pada ketika ini apa pun penjelasan yang keluar daripada mulutnya akan tetap dianggap salah oleh netizen.

Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, Shuk berkata dia telahpun menerima permohonan maaf daripada individu tersebut menerusi mesej peribadi di Instagram (IG).

Dia juga menjelaskan bahawa tiada niat daripada awalnya untuk membuat laporan polis meskipun didesak oleh rakan-rakan.

Terdahulu, Shuk telah memuat naik sebuah video di mana seorang pemuda telah menyerangnya dengan agresif dan menterbalikkan meja yang menempatkan dua tong air sehingga dia terpaksa menghentikan jualan.

Perkembangan terkini, Shuk kini berniaga perusahaan kedai makanan dan minuman bertempat di Denai Alam difahamkan akan meneruskan perjuangan di pentas Muzikal Lawak Superstar yang akan disambung semula kelak setelah ditunda gara-gara PKP.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. Tudung saji

    March 5, 2021 at 9:30 am

    Lol.. Drama…

  2. Anon

    March 5, 2021 at 8:33 am

    Hot fm already gave the chance and he did again… The are not simply fired people as they wanted.

  3. Vee

    March 5, 2021 at 6:11 am

    Reda ke redha rotikaya?

  4. anon

    March 4, 2021 at 11:56 pm

    kesian dia…hilang pendapatan nak sara anak,bini.semua org buat salah tapi takkan lah tak bagi peluang terus pecat

    • unknown

      March 5, 2021 at 11:42 am

      tidak untuk kesalahan berulang.. tambahan masalah attitude no compromise.. suma private sector kecuali government.. semoga kali ini benar2 bertaubat

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top