Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Bertemu Muka Dan Bermaafan, Shuk Sahar Berdamai Dengan Individu Serang Gerai Air

shuk sahar

Pasti ramai yang terpinga-pinga apabila membaca insiden gerai Shuk Sahar diserang oleh seorang individu tidak dikenali dengan kata-kata provokasi baru-baru ini.

Walaupun ada yang meluahkan rasa kasihan namun rata-rata netizen meninggalkan komen sinis dan mengatakan mungkin ini hanyalah gimik yang dirancang oleh selebriti tersebut. Pun begitu, Shuk tampil tenang dan reda sekiranya dianggap sedemikian oleh segelintir netizen.

Advertisement

BACA: “Saya Reda Dituduh Sengaja Buat Drama Untuk Viral Dan ‘Free Marketing’..” – Shuk Sahar

shuk sahar Pun begitu, terbaru, Shuk telah berkongsi video pendek di mana individu yang memulakan provokasi itu datang dan memohon maaf atas ketelanjurannya.

“Jadi korang saya dah berjumpa dengan brader ini lah yang datang masa saya berniaga air tu. Apa yang kitorang nak bagitahu kita dah ambil keputusan untuk berdamai.”

Advertisement

Selepas sahaja berdamai, Shuk dilihat telah memadam posting asal mengenai kejadian tersebut. Malah individu itu turut mengakui tindakan itu tidak patut dilakukan memandangkan dia adalah orang dewasa.

“Saya nak minta maaf pada Shuk sebab provok macam-macam dengan kata-kata yang tak patut saya cakap. Sebagai orang dewasa kan, saya minta maaf sangat.”

Diharap isu ini reda memandangkan kedua-dua pihak sudah pun berbaik dan bermaafan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. Mat Katang

    March 8, 2021 at 1:31 pm

    alah dia buat cmni pon ramai je melayu sokong dia.
    dia bukak page gaming jd streamer pon rilek je org baling bintang smpi 5ribu (bersamaan dgn rm220 ).
    bukan sorg je bagi.

  2. tecit

    March 8, 2021 at 10:45 am

    hmmm. sudahla syukk. you’re a goners. nobody wants to listen to you anymore. u broke our trust twice already.

  3. Anonymous

    March 6, 2021 at 10:08 am

    Drama…

  4. Hairee

    March 5, 2021 at 11:26 pm

    Your page macam tidak menarik..kalau dulu scroll best je.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama