Bertarung Nyawa 10 Jam, Elfira Loy Imbau Kenangan Lahirkan Rayyan

Hiburan

Bertarung Nyawa 10 Jam, Elfira Loy Imbau Kenangan Lahirkan Rayyan

Sempena menyambut kelahiran anak sulung, Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia 2 tahun, pelakon Elfira Loy ada mengimbau kenangan sewaktu melahirkan si kecil itu.

10 bulan lalu

Lebih Pentingkan Hari Jadi Anak, Netizen Dakwa Elfira Loy Tak Prihatin Situasi Semasa

Advertisement

Cerita Elfira, dia bertarung nyawa selama hampir 10 jam sewaktu melahirkan permata hatinya itu secara normal di bilik bersalin.

Dia dalam pada itu turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang anak yang sangat baik dan tidak banyak karenah.

2 tahun lalu, Mommy bertarung nyawa 10 jam dalam labour room nak tunggu Rayyan keluar. Happy Birthday my sweet baby boy, Muhamad Rayyan Khalaf, seindah nama, anak yang sangat baik.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat turut menitipkan ucapan dan mendoakan agar Rayyan menjadi seorang anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu-bapa kelak.

Advertisement

Terdahulu, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...