Sudah lama meninggalkan dunia lakonan dan menyepi sejak berhadapan dengan masalah kesihatan bertahun yang lalu, kelibat aktor Cico Harahap di media sosial baru-baru ini mencuri perhatian ramai.
Baru-baru ini, Cico atau nama sebenarnya Ezzaq Farrouq kerap muncul bersiaran langsung sambil bersenam di platform TikTok dan aktor bertubuh sasa itu dikatakan tampak sihat.
Video aktor berusia 47 tahun itu bersama anak perempuannya, Rindu Nur Fitrah juga turut tular baru-baru ini di TikTok dan ramai netizen meluahkan harapan agar dia kembali aktif dalam dunia lakonan.
Dalam pada itu, segelintir peminat memuji anak kepada Uji Rashid tersebut kelihatan awet muda dan turut gembira melihat keadaannya yang sudah semakin sihat dan aktif.
Alhamdulillah, sekarang sentiasa ceria, dah sihat.
Pada tahun lalu, sahabat baik Cico iaitu Salimey memaklumkan bahawa aktor tersebut telah dimasukkan dan menerima rawatan di Hospital Ampang kerana menghidap masalah jantung hingga kakinya bengkak.