5 Tahun ‘Menyepi’, Izara Aishah Kembali Meriahkan Industri Hiburan Bersama Fattah Amin – “Jangan Muntah Tengok Saya Berlakon Nanti”

Hiburan

5 Tahun ‘Menyepi’, Izara Aishah Kembali Meriahkan Industri Hiburan Bersama Fattah Amin – “Jangan Muntah Tengok Saya Berlakon Nanti”

Lima tahun bersara sementara dari dunia lakonan tempatan, pelakon Izara Aishah mengumumkan dia akan tampil dalam projek terbaharu sebuah drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan tahun hadapan.

Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham,32, berkata dia berasa gugup untuk kembali berlakon kerana sudah lama tidak beraksi di hadapan kamera.

Advertisement

Saya akan jalani penggambaran bermula November ini dan drama itu akan ditayangkan pada Ramadan tahun hadapan. Jangan terkeluar balik makanan waktu berbuka lihat saya berlakon semula.

Difahamkan, Izara bakal bergandingan dengan pelakon hebat lain seperti Amir Ahnaf, Puteri Balqis dan juga Fattah Amin.

Izara Aishah kembali berlakon setelah 5 tahun menyepi

Dalam drama itu, Amir Ahnaf menjadi hero. Saya dan Fattah Amin sebagai hero dan heroin kedua.

Fattah Amin adik beradik dengan Puteri Balqis. Fattah bukan suami saya dalam drama tu. Fattah sebagai abang ipar saya.

Terdahulu, Izara memaklumkan dia ingin berehat seketika dari industri hiburan tempatan bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid pada November 2017 dan perkahwinan mereka berdua diserikan dengan kehadiran dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Naim Daniel luah perasaan kes buli terbaru di UPNM
3 weeks ago

"Melingkup Sajalah Tempat Ni, Berapa Banyak Nyawa Dah Dizalimi?" - Naim Daniel Bersuara Isu Buli Berterusan Di UPNM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...