Aksi Iqbal Pijak Duit Mengundang Kemarahan Netizen

Hiburan

Aksi Iqbal Pijak Duit Mengundang Kemarahan Netizen

Selepas single pertamanya berjudul Hujan menerima kecaman hebat daripada netizen, sekali lagi usahawan sensasi Iqbal Zulkefli mendapat perhatian ramai apabila beliau dilihat memijak puluhan ringgit kertas bernilai RM50 baru-baru ini.

DS Vida
3 years ago

"Memualkan, Sangat Laparkan Populariti!" - Datuk Seri Vida Tak Sanggup Tengok 'Hujan' Iqbal

Advertisement

Isu tersebut tercetus selepas penyanyi, Ariff Bahran berkongsi sebuah video TikTok menunjukkan bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Vida itu berada di sebuah lokasi dilantainya bertaburan wang kertas RM50.

Ariff turut menegur Iqbal kerana ketika itu beliau sedang memijak wang-wang kertas dilantai tersebut semasa Ariff sedang merakamnya.

Video Iqbal pijak duit di TikTok

Bagaimanapun, Iqbal tidak menghiraukan perbualan tersebut dan terus menyeret serta memijak kepingan wang-wang kertas yang berada di lantai tersebut, namun tidak pasti jika wang itu sama ada palsu ataupun tidak.

Aksi tersebut telah membuat ramai pihak yang berasa kurang senang dengan Iqbal dan ada yang berpendapat kerana sikapnya seperti itu yang membuatkan Cik B, anak kepada Datuk Vida tidak menyukainya.

Iqbal dan Cik B

Sekadar info, penyanyi berusia 27 tahun itu pernah menerima kecaman hebat apabila hubungan cintanya bersama Vida terputus di tengah jalan susulan beberapa faktor seperti tidak mendapat restu anak dan dakwaan disihir.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...