“Bersepah! Awak Menyanyi Tak Sebati Dengan Muzik..” – Tok Ram Ulas Punca Aliff Aziz Berada Di ‘Bottom Two’ Minggu Ke-6 ASGV

Hiburan

“Bersepah! Awak Menyanyi Tak Sebati Dengan Muzik..” – Tok Ram Ulas Punca Aliff Aziz Berada Di ‘Bottom Two’ Minggu Ke-6 ASGV

Baru- baru ini, Datuk Ramli MS, salah seorang juri dalam program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV) telah memberi kritik yang ‘brutal’ kepada peserta, Aliff Aziz yang membawa lagu Arjuna dari kumpulan Dewi 19 pada malam Ahad.

Kata Ramli atau dipanggil Tok Ram, nyanyian Aliff malam itu terdengar tidak sebati dengan muzik dan Aliff  sepatutnya pandai mengawal jiwa dan nada lagu tersebut dengan baik sebagai seorang penyanyi.

Advertisement

Dia bersepah, awak menyanyi tak sebati dengan muzik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Tambah komposer muzik tersohor itu, Aliff sepatutnya dapat membawa lagu Arjuna dengan baik memandangkan lagu ini tidak begitu susah jika dapat dikuasai jiwa dan emosi nyanyian tersebut.

Sebelum ini, walaupun Aliff Aziz belum pernah berada di top 3 sepanjang 6 minggu bertanding, namun penyanyi ini masih kelihatan mampu memberi saingan hebat kepada peserta yang lain.

Selain itu,kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astilla Aliff aziz
1 year ago

Dikritik 'Backup' Sophia Albarakbah, Aliff Aziz Buat Permohonan Maaf Kepada Bella Astillah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...