Dikritik ‘Backup’ Sophia Albarakbah, Aliff Aziz Buat Permohonan Maaf Kepada Bella Astillah

Hiburan

Dikritik ‘Backup’ Sophia Albarakbah, Aliff Aziz Buat Permohonan Maaf Kepada Bella Astillah

Penyanyi Aliff Aziz menerusi satu hantaran di Instagram tampil membuat permohonan maaf kepada isteri, Bella Astillah gara-gara kenyataan yang dikeluarkan ketika satu sesi temu bual, baru-baru ini.

Tulis Aliff, dia langsung tidak mempunyai niat untuk menyakiti hati Bella dan memohon maaf jika ia telah mengguris hatinya.

Advertisement

Penyanyi lagu Sayang-Sayang itu juga tidak menyangka kenyataannya pada hari itu telah membuatkan isterinya terasa hati.

Kepada isteri kesayangan, dengan kekecohan yang berlaku beberapa hari ini, saya ingin meminta maaf sekiranya kenyataan saya semasa interview itu membuatkan awak terluka dan sedih.

Saya tiada niat sedikitpun untuk buat awak kecewa. Saya harap kita akan terbuka untuk mempelajari dan mengakui perbuatan kita.

Tambahnya lagi, atas segala yang terjadi, dia yakin isterinya itu masih mencintainya dengan sepenuh hati.

Terdahulu, Aliff ada memberi respon mengenai kehadiran pelakon Sophia Albarakbah dalam program yang disertainya iaitu All Star Gegar Vaganza pada hujung minggu lalu.

Dia beranggapan bahawa perkara itu bukan satu masalah yang besar kerana mereka berdua berada dalam industri yang sama.

Bella kemudiannya tampil mengkritik kenyataan Aliff yang dianggap seperti menjaga hati aktres itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah
7 months ago

"Kenapa Nak Jaga Hati Pihak Sana? Jaga Hati Isteri Kan Lebih Penting" - Bella Astillah Sindir Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...