Personaliti TV dan usahawan terkenal, Noor Neelofa kembali mencuri tumpuan apabila dia memuat naik foto bersama suami tersayang, Haris Ismail di Instagram buat tatapan peminat.
Dalam hantaran tersebut, Neelofa dilihat memberikan ucapan selamat buat Haris sempena sambutan hari lahirnya yang ke-29 baru-baru ini.
Neelofa turut berkongsi foto mesra mereka berdua sebagai suami isteri dan turut menerima ucapan selamat daripada netizen.
Imamku, kunci syurgaku. Thank you for everything sayang. Moga Allah berikan kebaikan dalam segala hal dunia akhirat.
Namun begitu, ada juga netizen yang tampil menegur usahawan itu gara-gara dikatakan terlalu menunjuk-nunjuk kemesraan meskipun sudah bergelar suami isteri.
Bersederhanalah. Kalau betul sayang pasangan jangan tunjuk sangat. Sekarang banyak dah berlaku. Sama-sama ambil pengajaran.
Tidak berdiam diri, Neelofa tampil membalas komen netizen.
“Tak banyak pun” responnya ringkas.
Sekadar info, Noor Neelofa telah mendirikan rumah tangga bersama pendakwah selebriti, PU Haris pada 27 Mac 2021. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.