“The Truth Will Prevail” – Ruhainies

Hiburan

“The Truth Will Prevail” – Ruhainies

Pelakon Ruhainies sememangnya menjadi sorotan netizen dalam apa jua aktiviti dan perkembangan terkininya semenjak dia ditangkap khalwat bersama aktor Aliff Aziz pada bulan Mac yang lalu.

Terbaru, pelakon itu dilihat berkongsi nota berbunyi ‘The truth will prevail” di laman media sosial Instagramnya baru-baru ini.

Advertisement
RuhainiesSumber : Instagram  

Jika diterjemah, ia membawa maksud ‘Kebenaran pasti akan menang’ selaing menggunakan lagu latar berjudul ‘Stolen’ nyanyian penyanyi antarabangsa, Jay Sean.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan mesej itu ditujukan kepada siapa dan untu apa masih kekal misteri.

Terdahulu, aktres itu dilaporkan telah ditangkap berdua-duaan bersama Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu kota Kuala Lumpur.

Susulan kes itu, isteri Aliff, Bella Astillah mengambil keputusan untuk memfailkan cerai secara ekspres terhadap suaminya namun Aliff enggan.

Lebih menghangatkan situasi, muncul pula ‘watak baru’ dalam kontroversi panas itu apabila seorang wanita bernama Sarah Yasmine yang mengaku dirinya kekasih kepada Aliff Aziz.

Sarah kemudian membuat pendedahan di mana dia mendakwa Ruhainies bersama Aliff masih lagi berhubungan meskipun telah ditangkap khalwat dan mempunyai perancangan untuk menjatuhkan Bella Astillah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ira kazar
14 hours ago

Ira Kazar Didakwa Hamil, Syamsul Yusof Pula Alami Alahan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...