Pelakon popular Uqasha Senrose akhirnya bersuara mengenai kemelut rumah tangganya bersama suaminya, Kamal Adli, selepas memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, semalam.
Menurut Uqasha atau nama penuhnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, keputusannya untuk berpisah bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya selepas setahun cuba bertahan demi anak tunggal mereka, Hawra Uqaira.
Bersabar untuk anak? Ya, kerana anaklah saya bertahan selama setahun.
Bintang filem Bisikan Dosa itu tidak menafikan rumah tangganya dilanda ujian berat, namun menganggap segala yang berlaku sebagai ketentuan dan ujian daripada Allah SWT.
Betul ini dugaan, dugaan untuk diri saya. Sudah bahagian saya begini. Setiap manusia tidak akan henti diuji, cuma bentuk ujiannya berbeza.
Dah terlalu masak dan terlampau masak, terserah kepada kalian (netizen). Saya tidak pernah berniat mahu membuka aib sesiapa. Mata saya pun sampai nampak lain sebab banyak menangis.
Uqasha turut menegaskan dia memilih untuk tidak mendedahkan aib sesiapa dan menyerahkan segala urusan kepada takdir Ilahi.
Sementara itu, mahkamah menetapkan 28 Oktober ini sebagai tarikh baharu bagi prosiding kes perceraian selepas Kamal tidak hadir pada prosiding pertama semalam.
Difahamkan, Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam, dengan alasan tiada lagi persefahaman.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun enam bulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.