Setiap individu menggunakan wang persaraan masing-masing untuk bermacam jenis perkara.
Ada yang ubah suai rumah, ada yang’upgrade’ kehidupan, sesetengah individu mungkin akan ‘invest’ dan of course ramai yang menggunakannya dengan berhemah agar dapat bertahan selama yang mungkin.
Namun, seorang warga emas ini menghabiskan duit yang diterimanya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak ratusan ribu hanya dalam tempoh beberapa tahun.
Sekejap saja habis RM700K
Seorang individu bernama Imlan Adabi berkongsi tentang kenalannya yang bersikap boros dan tidak berfikir panjang sehingga akhirnya memakan diri.
Kata Imlan, individu tersebut mendapat duit persaraan sebanyak RM700,000 namun kerana sikap borosnya itu semua wang tersebut habis dibelanjakan dalam tempoh 3 tahun sahaja.
Tambah Imlan, kenalannya itu kini perlu bekerja semula pada usia yang tua demi menampung perbelanjaan seharian dan menurutnya meskipun pada usia 70 tahun dia masih mempunyai komitmen besar seperti pinjaman rumah.
Salahkan anak anak pula
Lebih teruk lagi, individu terbabit turut menyalahkan anak anak dan cucunya yang tidak memberikannya wang bulanan.
Dia bercerita masalah. saya diam kerana 25 tahun lalu dah kerap tegur. Jika tidak perlu keluar duit, jangan usik KWSP. Hari ini untuk hidup selesa selepas bersara kita perlu RM1 juta. Kos hidup meningkatkan kemiskinan.