“Itu Je Duit Saya Ada, Job Berlakon Tak Tentu” – Pelakon Lelaki Dipukau, Wang Simpanan RM45K Lesap!

Hiburan

“Itu Je Duit Saya Ada, Job Berlakon Tak Tentu” – Pelakon Lelaki Dipukau, Wang Simpanan RM45K Lesap!

Baru-baru ini dinyatakan seorang pelakon Malaysia telah tertipu melalui panggilan telefon atau ‘phone scam’ dan hilang wang simpanannya sebanyak RM 45,000.

Finalis Hero Remaja 2020 itu berkata dia seolah-olah dipukau untuk mengikut arahan individu yang telah membuat panggilan telefon itu dan membuat dua transaksi di ATM serta ‘online’ tanpa disedari.

Advertisement

Saya seperti dipukau. Saya hanya tersedar selepas pulang ke rumah dan lihat wang simpanan saya habis lenyap.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zimm (@azimyusof_)

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, Selangor.

Dia menceritakan pada awalnya menerima panggilan telefon yang memberitahu terdapat bungkusan yang bernamakan dirinya. Kemudian, Azim disambungkan kepada ‘polis’ untuk melunaskan RM45,000 untuk menyelesaikan masalah penggubahan wang haram yang dia dituduh terlibat.

Azim yakin pada masa itu dirinya tidak sedar dan sedia tahu tentang isu ‘scammer’ yang semakin berleluasa sekarang ini.

Itu saja duit yang saya ada. Dengan ‘job’ berlakon yang tak tentu sekarang.

Walau susah untuk menerima hakikat bahawa dirinya telah pun dipukau dan untuk mendapatkan duit itu semula agak mustahil, pelakon tersebut masih berharap ada pihak yang dapat membantu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ddnk
8 months ago

Kekal Tenang Walaupun Dituduh 'Scammer', Kesabaran DDNK Kena Fitnah Disamakan Dengan Ulama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...