“Berkenaan Live Tu..” – Alif Teega Jawab Dakwaan Bakal Bercerai, Perjelas Isu Tegur Isteri Ketika Live

Kehidupan

“Berkenaan Live Tu..” – Alif Teega Jawab Dakwaan Bakal Bercerai, Perjelas Isu Tegur Isteri Ketika Live

Personaliti media sosial, Alif Teega tampil menjawab dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan bahawa rumah tangga yang dibina bersama isteri Aisyah Hijanah kini sedang dilanda badai dengan kehadiran orang ketiga.

Alif menerusi satu hantaran di TikTok menafikan bahawa dia dan Aisyah akan bercerai dan menganggap apa yang terjadi adalah satu ujian dalam rumah tangga mereka.

Advertisement

Apa yang berlaku ni ujian buat kami. Tujuan saya adalah untuk fokus kepada keluarga dahulu. Isteri ada bawa saya pergi berubat, tiga orang ustaz sebenarnya dan jawapannya hampir sama, jawapan tentang ain, jawapan kedua tentang sihir pemisah.

Dia juga mengulas mengenai tindakannya menegur Aisyah yang berkongsi tentang kisah rumah tangga mereka ketika satu sesi Live baru-baru ini.

Berkenaan live tu, isteri sedang berniaga dan ada juga mendapat soalan daripada netizen mengeai video saya yang bertajuk ‘melepaskan’. Video tersebut tiada sangkut paut dengan peribadi tapi daripada Instagram Aisyah, netizen mula kerumun pada post tersebut.

Dan pada waktu itu, saya tidak tahu Aisyah sedang menjelaskan hal sebenar dan bukanlah mengaibkan saya mahupun rumah tangga. Saya yang pada waktu itu mungkin terikut emosi sehingga terus tegur sewaktu live.

Kata Alif, dia memohon maaf di atas kekeliruan yang timbul dan sangat menghargai usaha isteri serta kenalan yang banyak membantu menyelasaikan masalah rumah tangga mereka.

Sebagai ketua keluarga, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya dan saya akan mempertahankan apa yang telah kami bina bersama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aisyah
1 year ago

"Semua Benda Nak Tayang Kenapa?" - 'Influencer' Teruk Dikecam Tak Endah Nasihat Suami, Fokus Baca Komen 'Live'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...