Terbaharu, nama penyanyi kesayangan Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi trending di platform Twitter setelah berjaya tersenarai dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time bersama-sama dengan penyanyi antarabangsa seperti BTS, Lady Gaga, Michael Jackson dan ramai lagi.
Melihat pada ciapan yang dibuat oleh akaun Twitter rasmi The Artist Museum, Siti Nurhaliza telah menduduki tempat ke-27 dengan berjaya meraih sebanyak 329 anugerah sepanjang berada di dalam industri seni.
Tempat yang diduduki juga telah mengalahkan barisan penyanyi terkenal antarabangsa yang lain seperti Celine Dion, Nicki Minaj, Bruno Mars dan lain-lain.
Top 100 Most Awarded Musicians of All-Time: Part 1 pic.twitter.com/g0rvVOk0nt
— The Artist Museum (@TheArtistMuseum) April 5, 2022
Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, ramai juga warganet yang berasal dari Malaysia meninggalkan komen teruja berserta video-video nyanyiannya kerana berasa bangga dengan pencapaian Siti ini.
Sekadar info, penyanyi lagu Biarlah Rahsia ini merupakan artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah, hinggakan rekod beliau telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Records sekitar tahun 2001 dan hingga kini hanya dia saja yang berjaya memegang rekod tersebut.