Berjaya Menjiwai Lagu, Noraniza Idris Sanggup Beri Peluang Amsyar Lee Muncul Di AJL36

Hiburan

Berjaya Menjiwai Lagu, Noraniza Idris Sanggup Beri Peluang Amsyar Lee Muncul Di AJL36

Penyanyi, Noraniza Idris berkata dia sanggup melepaskan peluang untuk muncul di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) selepas melihat vokal dan gaya persembahan Amsyar Lee ketika Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM36).

Noraniza atau nama sebenarnya Nor Aniza binti Haji Idris berkata, Amsyar berjaya menjiwai lagu Intan Payung dengan baik ketika mendendangkan lagu bersama Bunga.

Advertisement

Difahamkan, ketika Semi Final Muzik Muzik 36 (SFMM36) berlangsung, Amsyar menggantikan Noraniza yang pada ketika itu masih berada di Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.

Lagu tu Amsyar dah bawa sampai ke final, rasa macam tak best pula untuk saya tiba-tiba masuk dan interrupt.

Menurut Noraniza, 53, Amsyar dilihat tidak kekok untuk membawa lagu tersebut. Malah, gabungan dia dan Bunga dalam persembahan juga menampilkan keunikan tersendiri.

Memang bagus suara Amsyar.. vocal range dia luas, kalau Amsyar yakin boleh bawa lagu itu ke final, saya beri restu dan tiada masalah langsung.

Dalam pada itu, Noraniza turut sedia membantu pasukan Intan Payung di pentas AJL jika mereka memerlukan khidmatnya selaku penyanyi berpengalaman.

Noraniza Idris
3 years ago

"Saya Tak Boleh Terima Kenyataan Sudah Menjadi Nenek" - Noraniza Idris Kongsi Pengalaman Lucu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...